Thursday, July 1, 2010

Kecewalah Kamu Kecewa

Hari yang hujan
Aku terus berjalan
Semua pahit ditelan
Perit aku tertekan

Sukar mengukir senyuman
Dalam penuh keterpaksaan
Hidup ini sialan
Tapi teruslah berjalan

Kecewalah kamu kecewa
Hilangkannya dengan ketawa
Malam ini bersendawa
Dengan nafas kecewa

Kecewalah kamu kecewa
Hidup ini celaka
Malam ini berketawa
Sebelum esok menderita

Kecewalah kamu kecewa
Teruskan dengan hiba
Kerana hanya kecewa
Menjadikan kita dewasa

1 comments:

Johan 23.01.84 said...

saya kecewa kerana blog Diorama anda tidak lg aktif..tq