Wednesday, July 7, 2010

Selepas Tiga Tahun

Saat itu terbias kembali
Tiga tahun terimbas memori
Hari itu kau telah pergi
Kau pergi tinggalkan aku sendiri

Mungkin pada waktu ini
Saat dan ketika ini
Saat aku cuba berdiri
Luka dan cedera ku tempuh sendiri

Saat dan ketika ini
Kau pasti enggan menemuiku lagi
Aku yang jiwanya koyak rabak
Dalam hati penuh rasa sebak

Selepas tiga tahun berlalu
Kau tak pernah luput dariku
Semakin hari semakin sayu
Hari demi hari kian berlalu

Tiga tahun yang lalu
Kekesalan terus memburu
Kerana kegagalan menghantui diriku
Gagal memberi penghormatan terakhir untukmu

Dari jauh aku letakkan bunga lili
Bunga kegemaranmu yang abadi
Di taman kenangan kita
Saat malam kita berdua bersama

Kau dan aku
Bulan dan bintang
Kita bertemu
Cinta pun datang

Tapi itu dulu
Kenangan terus memburu
Akan aku simpan
Cinta ini untuk masa depan

Berikan aku satu hari
Untuk aku terus mengingati
Sebagai tanda kekesalan
Diriku tiada pada hari pengebumian

Mungkin satu hari nanti
Ditakdirkan jiwa kita bertemu lagi
Akan aku rindu senyumanmu
Akan aku peluk erat memorimu

Dari jauh aku pohon ampun
Ketiadaanku menemanimu
Hanya dengan kata-kata ku susun
Sebagai tanda cintaku padamu

Semoga kau terus aman
Dan semoga aku melangkah dengan penuh senyuman

3 comments:

Reen Amir said...

:(
Jgn lah sedih

cikgadis konfiuss said...

Sherina Ellyana..
cantik nama ni
secantik orgnya..




al fatihah...

the sastraboy said...

kenapa lili bro? huhu.